ETIKA MENURUT GEORGE BERKELEY
Berkeley
hidup pada zaman di mana falsafah materialism
(doktrin yang hanya menerima kebendaan) dan atheism
(kepercayaan bahawa Tuhan itu tidak wujud) mula berkembang. Tambahan pula, ilmu
sains pada ketika itu banyak memperkukuhkan falsafah tersebut. Namun demikian, Berkeley
sangat mempercayai kewujudan Tuhan dan membina sebuah idea yang mempercayai
bahawa kewujudan alam fizikal ini adalah berasaskan spiritual, manakala kejadian serta kebaikan itu pula adalah
wasiat daripada Tuhan.Sehingga ke akhir hayatnya ditulis dalam Siris, Berkeley
masih berpegang teguh bahawa semua kejadian adalah ditakdirkan oleh Tuhan.
Berkeley
melihat spiritual
itu sangat jelas, menyebabkan ia begitu mempertahankannya. Kehebatan falsafah
beliau terserlah apabila beliau membangkang falsafah kebendaan (materialisme). Kebanyakan falsafah teori
yang diterbitkan daripada deria rasa (empiricism)
yang di bawa oleh
Berkeley
ini dikembangkan oleh pemahaman Locke. Walaupun, falsafah Locke mengenai
kebendaan dan idea yang abstrak tidak begitu jelas, namun
Berkeley
telah berjaya mengembangkan idea ini
dengan konsisten.
Berkeley
sangat memegang teguh terhadap
realiti kejadian tuhan. Ini menyebabkan
Berkeley
mengurangkan pengaruh logik akal dalam pemahaman beliau. Justeru, menyebabkan
beliau terpaksa berhadapan dengan materialisme yang bercanggah dengan
spiritualisme pada ketika itu. Pada Berkeley, hanya dua perkara yang secara
tidak langsung menjurus ke arah kebendaan iaitu doktrin Locke mengenai idea
abstrak dan sains.
Berkeley
cuba
untuk mengenepikan dua perkara
ini dalam menafsirkan kebendaan dengan mewujudkan doktrin yang berasaskan deria
rasa. Berdasarkan doktrin
Berkeley
kejadian dan kebendaan itu hanyalah imej, dan imej itu adalah sekadar
bergantung di atas apa yang kita pernah alami sebelum ini ataupun pengalaman.
Doktrin yang berasaskan deria ini secara tidak langsung menyangkal kewujudan
konsep dan idea sejagat. Doktrin ini juga dikenali sebagai nominalism.
Menurut Berkeley, Locke telah
melakukan kesilapan dalam mengembangkan doktrin idea abstraknya.
Berkeley
menyangkal
doktrin idea abstrak berlandaskan logik dan psikologi. Hal ini, adalah kerana
kehadiran sesuatu kualiti tidak dapat dipisahkan dengam kualiti yang lain.
Namun begitu,
Berkeley
mempersoalkan tahap kualiti sesuatu kualiti tersebut. Seperti contoh, berapa
tinggi sesuatu ketinggian itu dikatakan tinggi. Ini menimbulkan persoalan dan
menjadikan idea abstrak Locke itu tidak konsisten. Lantas Berkeley
mempersoalkan bagaimana harus kita menerima sesuatu itu menjadi benar jika idea
tersebut tidak konsisten. Pada Locke idea adalah wujud, unik dan ia universal
berdasarkan pemikiran. Tetapi Berkeley menyangkal bahawa aktiviti pemikiran
adalah tidak bergantung kepada persepsi individu tersebut. Ini secara tidak
langsung telah menyangkal pendapat Locke yang mengatakan idea adalah elemen
yang universal.
Selain daripada menyangkal idea
abstrak Locke,
Berkeley
juga telah menyangkal idea kebendaan sebagai idea yang abstrak. Tujuan utama
Berkeley
adalah untuk
menguatkan kepercayaan terhadap agama. Kepercayaan Berkeley terhadap deria
telah menjadi senjata utama untuk
Berkeley
menyangkal realiti kebendaan dan pergerakan. Namun begitu,
Berkeley
sukar untuk membuktikan kehadiran
roh walaupun sangat mempercayainya. Pembuktian kejadian roh adalah sangat penting
untuk menyangkal idea kebendaan. Walaubagaimanapun,
Berkeley
cuba
untuk menyangkal kebendaan ini dengan lebih sistematik. Akhirnya Berkeley telah
menyimpulkan bahawa kebendaan tidak boleh wujud kerana ia sesuatu yang
perbezaan antara sesuatu kualiti dengan kualiti yang lain tidak dapat
ditentukan dan tidak mempunyai tujuan yang berguna. Selain daripada menjadi
benda yang berguna, kewujudan benda akan menyangkal kewujudan Tuhan dan menyekat hidup kita daripada merasai roh.
Menurut pemerhatian Prof. A. J. Ayer
mengatakan bahawa
Berkeley
adalah seorang yang mengembangkan fudamental metafizik. Beliau seorang yang
mampu merasai sepenuhnya kewujudan Tuhan dan roh yang finit. Beliau menyangkal
kebendaan kerana kebendaan adalah bercanggah dengan metafizik. Ini yang telah
menyebabkan
Berkeley
tidak menggunakan deria dan logik akal untuk membuktikan realiti kewujudan
Tuhan. Disini Ayer dan Russell mengatakan bahawa
Berkeley
telah melakukan kesilapan dalam menerangkan realiti kewujudan Tuhan dan roh
dimana
Berkeley
tidak menggunakan teori derianya dan ini boleh meruntuhkan teorinya sendiri.
Tetapi ahli metafizik telah menganggap teori
Berkeley
ini sebagai sebenar untuk
mengembangkan ilmu metafizik tersebut.
Mengenai teori keilmuan
Berkeley
telah
mengembangkan dan memperbaiki idea yang diterbitkan oleh Locke. Pada Berkeley
ilmu pengetahuan terdiri daripada idea dan roh. Ia boleh dirumuskan seperti
rajah dibawah:

Pada karyanya yang berjudul Siris pada tahun 1744 menyatakan bahawa, sifat-sifat utama yang wujud pada jasad atau fizikal seseorang adalah
datangnya daripada roh. Kehadiran roh didalam jasad seseorang akan menyebabkan
seseorang itu dapat merasai kehadiran sesuatu benda tersebut. Jika roh itu
hanyalah idea, maka semua ciri-ciri kebendaan itu akan dirasai dengan kadar
yang sama oleh semua orang. Berkerley telah menerangkan kehadiran roh dengan
inferens analoginya. Dalam karya Siris
juga pada perenggan ke 358
Berkeley
menyatakan
bahawa “kebenaran itu adalah tangisan semua orang tetapi permainan segelintir”.
Perenggan itu bermaksud kebenaran itu amat pahit dan sukar diterima, tetapi
hanya segelintir yang mampu menyatakannya.
Berkeley
mempercayai bahawa untuk mencari
kebenaran seseorang itu haruslah mendalami ilmu ketuhanan. Selain daripada itu,
ia menjadi tugas kepada manusia untuk memanfaatkan jiwa kita yang abadi dengan kebenaran.
Pada tahun 1711
Berkeley
telah menerbitkan Discourse on Passive Obedience yang mengurangkan etika yang
berlandaskan ketuhanan dan mewujudkan kebahagiaan yang berlandaskan utilitarianism atau apa yang difikirkan
baik oleh masyarakat sejagat. Pada karyanya yang berjudul A Treatise Concerning
the Principles of Human Knowledge pada tahun 1710 pula menyatakan bahawa kita
tidak patut mengadu atas kejahatan atau keburukan yang datangnya daripada diri
kita sendiri. Ini adalah merujuk kepada masyarakat yang mengadu mengenai
pencemaran udara pada ketika itu. Mereka mengadu pencemaran udara pada ketika
itu menghalang penglihatan mereka. Walau bagaimanapun mereka lupa bahawa yang
mengwujudkan masalah pencemaran udara itu adalah datangnya daripada diri mereka
sendiri. Manakala, dalam karyanya Dialog 3 Three Dialogues between Hylas and
Philonous (1734) menyatakan bahawa prinsipal pertama yang membawa kepada scepticisme (persoalan) akan membawa
manusia kepada kesejahteraan. Ini merangkan, bagaimana perasaan ingin tahu dan penyelidikan
sesebuah masyarakat akan mampu meningkatkan taraf hidup mereka sendiri.