George Berkeley

Pengenalan

i) Biografi

    George Berkeley dilahirkan pada 12 Mac 1685 di Kilcrene, Daerah Kilkenny dan membesar di Dysart Castle berhampiran dengan Thomasthew Ireland.  Beliau adalah anak sulung kepada William Berkeley dan Elisabeth Southerne. William Berkeley merupakan seorang pegawai kastam yang berasal dari Staffordshire England manakala Elisabeth Southerne adalah anak kepada seorang pembuat bir dari Dublin . Beliau  lebih gemar menganggap dirinya berwarga Ireland.

Berkeley mendapat pendidikan awal di Duke of Ormonde’s School di Kilkenny pada July 1696 dan belajar disana sehingga Januari 1700. Ketika mencecah umur 15 tahun Berkeley telah memasuki Kilkenny College. Beliau telah dilantik ke pameran Erasmus Smith pada 1701 dan telah menerima biasiswa pada tahun yang sama. Beliau telah menerima B.A pada tahun 1704 dan telah belajar secara sendirian selama 3 tahun. Pada tahun 1706 beliau telah bertanding untuk menjadi felo kolej dan berjaya menjadi felo junior pada tahun 1707. Pada tahun itu juga beliau telah melengkapkan master di Trinity College dan mula membuat penulisan mengenai falsafah. Beliau mula menjadi perhatian apabila karya beliau Essay towards a New Theory of Vision pada tahun 1709 telah menimbulkan kontroversi. Pada tahun yang sama beliau telah dilantik menjadi pegawai gereja. Selepas setahun menjadi pegawai gereja beliau telah dilantik menjadi paderi Anglican.

Pada tahun 1712 Berkeley telah pergi ke England di sana beliau mula berkenalan dengan ilmuan terkenal pada dekad tersebut seperti Jonathan Swift, Joseph Addison, Richard Steele, and Alexander Pope. Pada April 1713 beliau diperkenalkan di mahkamah England oleh Jonathan Swift dan mula menarik perhatian. 1716 George Berkeley mengembara sebagai tutor kepada anak Dr. St. George Ashe. Pada tahun 1724 George Berkeley dilantik menjadi dekan Anglican Londonderry dan meletak jawatan di Trinity College. Beliau telah dijanjikan oleh kerajaan sebanyak 20,000 pounds untuk membina kolej di Rhode Island bagi mendidik penduduk natif Amerika.

Pada 1 Ogos 1728 beliau telah berkahwin dengan Annies Forster yang merupakan anak seorang hakim. Setelah 4 tahun membuat persiapan membina kolej beliau belayar ke Amerika dan meluangkan masa 3 tahun di Rhode Island. Setelah mendengar gran yang hendak diberi telah dibatalkan beliau telah menyerahkan semua buku dan peralatan kolej kepada kolej Yale dan pulang ke England. Beliau kemudiannya dilantik menjadi Bishop of Cloyne pada Januari 1734. Pada Febuari 1734 beliau meletak jawatan sebagai dekan kepada Londonderry  dan kemudiannya dilantik Bishop of Cloyne di St. Paul’s Church, Dublin pada 19 May 1734. Pada tahun 1751 anak bongsunya Henry meninggal dunia. Beliau berpindah ke Oxford bersama keluarganya demi anak keduanya George yang melanjutkan pelajaran di Christ Church. Pada 14 Januari 1753 beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung dengan didampingi oleh familinya sementara isterinya membacakan bible di telinganya. Beliau meninggalkan wasiat untuk tidak ditanam untuk sekurang-kurangnya 5 hari selepas dia meninggal dunia. Akhirnya beliau ditanam hari Sabtu 20 Januari 1753 di Christ Church, Oxford.

ii) Bibliografi

    George Berkeley merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal dengan prinsip benda tidak wujud tanpa minda  atau esse os percipi. Gaya pemikiran Berkeley banyak dipengaruhi oleh Locke. Selepas mendapat B.A, Berkeley menghasilkan karyanya yang pertama iaitu teks matematik yang bertajuk Arithmetica absque algebra aut auclide demonstrata pada tahun 1707 ataupun demonstrasi aritmetik tanpa aljabar dan euklidan. Berkeley mula menjadi perhatian apabila karyanya An essay towards a new theory of vision yang diterbitkan pada tahun 1709 mencetuskan kontroversi. Namun akhirnya konsep tersebut telah diterima dalam mengimplikasikan teori ilmu optik. Karya ini kemudian disusuli dengan karya A treatise concerning the principle of human knowledge bahagian 1 pada tahun 1710 dan Three dialogues between Hylas and Philonous pada 1713 yang menekankan prinsip kehadiran dunia bergantung kepada deria kita yang merasainya.

Ketika mengembara  bersama anak Dr. St. George Ashe pada tahun 1716-21 beliau telah mendakwa kehilangan manuskrip bahagian 2 Principles. Ketika di Lyon Perancis beliau telah menulis esei De Motu dan menerbitkan ia di England pada tahun 1721. Berkeley juga mempunyai buku nota yang dipanggil Philosophical Commentaries yang mencatatkan bagaimana ia memperkembangkan idealisme dan immaterialism ( ketidakwujudan benda) tetapi Berkeley tidak berminat untuk menerbitkannya. Pada tahun 1724 Berkeley turut menerbitkan A proposal for the better supplying of churches in our foreign plantations and for converting the savage American to Christianity . Ketika di Amerika, Berkeley telah menulis Alciphron yang memertahankan Kristian dari pemikiran terbuka.

    Apabila pulang ke England Berkeley telah menerbitkan A sermon before the society for the propagation of the gospel in foreign parts dan Alciphron or The Minute Philosopher pada tahun 1732, The Theory of Vision or visual language showing the immediate presence and providence of a deity, Vindicated and Explained pada tahun 1733, The Analyst or a discourse addressed to an infidel mathematician pada tahun 1734, A defense of free-thinking in mathematics dan reasons for not replying to Mr Walton’s full answer (1735) , The Querist  bahagian pertama pada tahun 1735, bahagian kedua pada tahun 1736, dan bahagian ketiga pada tahun 1737 yang mengetengahkan isu sosial dan ekonomi yang berkait dengan Ireland dan turut menyertakan proposal reformasi monetari. Pada tahun 1744 beliau telah menerbitkan The Siris,  sebuah karya yang membincangkan nilai perubatan bagi air tar. Ketika di Oxford pula Berkeley telah menerbitkan semula Alcipron dan menerbitkan Miscellany iaitu koleksi esei mengenai pelbagai subjek.

Hasil karya George Berkeley (1685-1753)

1.    Arithmetica and miscellanea mathematica. (1707)
2.    An essay towards a new theory of vision. (1709)
3.    A treatise concerning the principles of human knowledge. (1710)
4.    Passive obedience. (1711)
5.    Three dialogues between Hylas and Philonous. (1713)
6.    Advice to the theories who have taken the oaths. (1715)
7.    De Motu. (1721)  or On Motion
8.    An essay toward the preventing the ruin of Great Britain. (1721)
9.    A proposal for the better supplying of churches in our foreign plantations. (1724)
10.     Alcipron or the minute philosopher. (1732)
11.    The teory of vision, vindicated and explained. (1733)
12.    The Analyst. (1734)
13.    A defence of free-thinking in mathematics. (1735)
14.    The Querist. (1735-1737)
15.    A discourse addressed to magistrates. (1738)
16.    Siris: a chain of philosophical reflections and enquiries concerning the virtues or tar-water. (1744)
17.    Letters on tar-water, to Thomas Prior and Dr. Hales. (1744)
18.    A Miscellany. (1752)

Sumber Rujukan

Buku:

1)    George Berkeley: Critical Assessments edited by Walter E. Cherry
2)    G.J Warnock, Berkeley, a Peregrine Book
3)     Locke & Berkeley, A Collection of Critical Essays, Martin & Armstrong

Laman Sesawang:

1)     http://oregonstate.edu/instruct/phl302/philosophers/berkeley.html
2)    http://www.ourcivilisation.com/smartboard/shop/berkleyg/about.htm
3)    http://www.iep.utm.edu/b/berkeley.htm
4)    http://www.biographybase.com/biography/Berkeley_George.html
5)    http://www.maths.tcd.ie/~dwilkins/Berkeley/Stock/Life.html

Leave a Reply