Subsidi minyak
Sekarang ni begitu ramai orang merungut pasal isu kenaikan harga minyak. Hal ini sering dijadikan umpanan parti pembangkang untuk memungut sokongan. Tapi adekah tindakan kerajaan itu dikira patut?
Disini saya akan membentangkan pendapat saya, DI ATAS PANDANGAN SEORANG PELAJAR YANG BERSIKAP TULUS DAN TIDAK BERPIHAK KEMANA2 PARTI POLITIK. Ok apabila seseorang individu mengisi minyak, mereka akan menerima subsidi. Matematiknya, lagi banyak individu mengisi minyak lagi banyak la dia akan menerima subsidi minyak, betul tak?
Ok jangan lupa matlamat subsidi disini adalah:
Pertama, membantu rakyat yang “memerlukan”.
Kedua, membantu ekonomi Malaysia dalam peringkat global.
OK balik pada cerita tadi, kita tengok siapa yang terima subsidi dalam rangka subsidi minyak. Orang asing, orang kaya, pelancong semua yang isi minyak kereta dapat. Ini tidak termasuk penyuludupan lagi. Jadi mereka ini semua akan menerima subsidi atau dengan kata lain duit dari kerajaan. Maka, adakah ini patut?
Saya bukan nak membangkang subsidi itu tidak perlu, tetapi bagaimana subsidi itu disalurkan. Apa yang saya pernah baca, ahli pengkritik ekonomi telah mengkritik subsidi minyak yang sebenarnya hanya diberikan oleh negara-negara yang baru nak bangun. Mereka katakan ini sebagai teknik ahli politik untuk memikat hati rakyat. Kos subsidi ini dikira sebagai kos melepas kepada negara kerana tidak membawa hasil kepada ekonomi negara. Tetapi merosakkan negara mereka sendiri. Cubalah kita lihat, negara maju, adakah mereka memberi subsidi minyak?
Subsidi perlulah disalurkan dengan matlamat yang saya nyatakan di atas. Kalau kat US, yang menerima subsidi adalah petani, kerajaan memberi subsidi kepada petani dalam bentuk modal, peralatan dsbnya yang akhirnya dapat memajukan dan mengurangkan kos pengeluaran hasil pertanian. Ini adalah kerana US telah melakukan perdagangan bebas, di mana negara yang dapat mengeluarkan sesuatu hasil dengan kos yang lebih rendah akan mendapat kelebihan. Kita lihat itu lah negara kita yang perlu perlukan.
Satu lagi, ya agama Islam memang galakkan negara mengeluarkan tabungannya demi kesejahteraan rakyat. Saya pun 100% setuju dengannya. Kerajaan patut memberi subsidi, tetapi “on the other side of the coin” Islam juga tidak menggalakkan penekanan terhadap sesuatu harga (hibbah), kerana harga itu adalah milik Allah. Dalam teori ekonomi pun ada katakan mengenai “the invicible hand” dalam penentuan harga. Kalau harga itu di kawal di tekan maka akan berlaku “economy distortion”.
Saya tahu kerajaan akan menerima maklum balas yang teruk akibat kenaikan harga ini, saya dah sedar akan kelemahan subsidi minyak yang diberi kerajaan sebelum ini. Sebelum ini pun dalam diri saya pernah hendak mencabar kerajaan kerana, kalau mereka ikhlas dalam mentadbir kerajaan. Mereka tukar cara subsidi minyak. Bukannya tarik, tapi tukar cara mereka memberi subsidi. Walaupun saya gerenti ini akan menggugat kedudukan diaorang yang dah memang tergugat. Agar hanya yang berhak sahaja menerima subsidi. Ye la bayang kan lah, kereta kancil dengan kereta mercedez, kereta mana yang isi minyak lebih lantas dapat subsidi lebih. Tidak kira lagi syarikat luar negara yang bukak kilang kat Malaysia yang selama ini seronok dengan kos pengangkutan yang rendah dengan terima subsidi dan yang akhirnya membuat keuntungan daripadanya. Padahal lebih elok ia jika dinikmati oleh golongan kelas bawahan yang memerlukan dan dapat tingkatkan status hidup mereka, membuat pelaburan atau perniagaan yang sepatutnya dan akhirnya meningkatkan ekonomi Malaysia. Ini akan terus dapat mengurangkan kos produksi sesuatu barang di dalam negara yang dapat menjadi nadi dalam pengawalan inflasi. Banyak lagi cara subsidi boleh disalurkan, dan apa yang telah berlaku sebelum ini adalah bukan cara yang terbaik untuk memberi subsidi. Jadi rakyat dan kerajaan perlu lah bijak, dalam isu ini.
Yang berfikir untuk rakyat dan negara,
SYAFIQ